SaHaBat

Isnin, 31 Mei 2010

Bengkel V2 kosmetik ( Beauty & Make-Up Workshop )

Siapa tidak mahu nampak cantik? Manis mulus dan menggoda? Kecantikan mampu menjadi tiket ke pentas lakonan, bidang nyanyian dan juga pemikat jejaka yang hensem dan berduit. Pendek kata, nampak cantik, makin ramai yang memberikan perhatian. Jadi bagaimana anda boleh nampak cantik walaupun muka tak seberapa? haha inilah peranan make up atau solekan.

Pada 29-30hb Mei 2009, bertempat di Swiss Inn Hotel, Sg. Petani, Kedah, V2 kosmetik telah menjalankan bengkel kecantikan seperti teknik-teknik solekan, dandanan rambut serta spa dan lulur.

Selain dari memberi fokus kepada bidang pemasaran produk, pihak kami amat aktif menganjurkan kursus-kursus berkaitan bidang kecantikan ini. Pihak kami percaya bengkel solekan sebegini dapat memberi faedah kepada peserta dan seterusnya memupuk kefahaman bagaimana untuk mengaplikasikan produk kosmetik secara efektif.

Selain daripada mendengar dan melihat teknik-teknik solekan, para peserta juga diberi peluang untuk melakukan solekan dan dandanan secara praktikal untuk memastikan peserta tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya Berjaya mempraktikkan solekan hasil daripada pembelajaran yang telah diberikan. Peserta juga akan diberikan sijil penghargaan kerana telah menghadiri kursus solekan ini.

3 ulasan:

  1. Salam, kak naz bila lagi nak buka bengkel kecantikan...nak juga cMa join...best th v2...

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sentiasa menyokong v2 =)
    insyaallah....dalam perancangan..

    BalasPadam
  3. berminat mengeluarkan produk jenama sendiri hubungi saya nik 0179110969

    BalasPadam