Terdapat ralat dalam alat ini

SaHaBat

Selasa, 13 Julai 2010

Artikel v2_Metro Bisnes June 2010




KOSMETIK V2 LANCAR 2 PRODUK BARU
Sabun Manggis anti-jerawat kukuhkan rangkaian produk manggis.




Kosmetik V2 merupakan satu keluaran produk anak tempatan yang sedang mendapat sambutan menggalakkan dari para penguna. Kosmetik V2 terdiri daripada 3 rangkaian produk utama seperti alat solekan, produk penjagaan diri serta produk penjagaan wajah (skincare).

Salah satu produk yang mendapat permintaan tinggi adalah skincare manggis V2.
Sambutan hangat yang diterima keatas produk ini telah memberi inspirasi kepada syarikat ini untuk melancarkan 2 lagi produk terbaru V2 dipasaran. Produk terbaru yang dimaksudkan adalah Sabun Manggis Anti-Jerawat dan Sabun Susu Kambing Aloe Vera.

Sabun Manggis anti-jerawat ini di formulasi khusus untuk menghilangkan kotoran serta membuang sel-sel kulit mati. Ianya juga baik untuk menghalang pembakaran kulit dan dapat mengawal minyak berlebihan supaya jerawat tidak membengkak. Enzim manggis sangat baik untuk menghalang pembiakan bakteria serta efektif menghalang jerawat tanpa menggangu kulit sensitif. Harga jualan sabun manggis anti-jerawat ini adalah RM16.90(SM), dan RM19.50(SS).


Manakala sabun susu kambing aloe vera pula dirumus khas untuk memelihara kulit
wajah, dan efektif sebagai nutrein untuk merawat jeragat, jerawat serta resdung. Agen aloevera mempunyai pelembab yang baik untuk membantu melembutkan kulit agar halus dan berseri. Ekstrak susu kambing kaya dengan kandungan protein dan membantu mengawal kelembapan semulajadi kulit. Harga jualan sabun susu kambing aloe vera ini adalah RM7.90(SM), dan RM9.20(SS).



Menurut Pengasas Kosmetik V2, Encik Azrymi Kudin, sebab utama mengapa beliau memilih untuk melancarkan sabun manggis anti-jerawat kerana beliau sangat berpuas hati dengan jualan skincare manggis. Menurutnya lagi, produk manggis ini telah melepasi sasaran yang ditetapkan oleh pihaknya, malah telah mendapat sambutan diluar dugaan oleh pengguna diluar sana. Sabun Manggis Anti-Jerawat ini juga sememangnya dinantikan oleh ramai pengguna yang mencari alternatif untuk merawat masalah kulit mereka.


Setelah lebih setahun dipasaran, skincare manggis V2 telah menerima maklumbalas yang sangat positif daripada pengguna-penggunanya. Ianya sangat efektif dan memberi kesan yang membanggakan hanya dalam masa 7 hingga 10 hari sahaja. Ramai pengguna mengakui kehebatan skincare manggis ini dan mereka sangat yakin untuk terus menggunakannya.


Selain dari itu, Encik Azrymi turut memberi jaminan bahawa semua produk keluaran kosmetik V2 telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta dikilangkan dalam persekitaran GMP sepenuhnya. Menurut Azrymi lagi, produk ini diformulasikan dengan bahan yang semulajadi, suci dan bebas dari bahan kimia yang terlarang.

Selain dari 2 sabun keluaran terbaru kosmetik V2, rangkaian produk manggis sedia ada terdiri daripada sabun pembersih buah manggis, krim UV+foundation dengan SPF30, krim malam untuk pencerahan kulit serta toner pelembab yang juga difomulasikan dari kulit buah manggis. Skincare Manggis ini dijual dalam bentuk set percubaan 3 dalam 1 dengan harga RM49.90 untuk Semenanjung Malaysia(SM), dan RM54.90 untuk Sabah dan Sarawak(SS).

Semua rangkaian kosmetik jenama V2 boleh didapati melalui stokis dan pengedar berdaftar seperti di salun-salun kecantikan diseluruh Negara dan juga di Brunei. V2 juga mengalu- alukan semua usahawan untuk menjadi stokis kawasan dan pengedar produk ini. Kepada yang berminat boleh mengubungi Puan Nazliah Ibrahim ditalian 019 4368288 atau Cik Nurizam Ismail ditalian 019 5471816 atau terus menghubungi pejabat urusan kami di talian 04 4228828.