Siapa tidak mahu nampak cantik? Manis mulus dan menggoda? Kecantikan mampu menjadi tiket ke pentas lakonan, bidang nyanyian dan juga pemikat jejaka yang hensem dan berduit. Pendek kata, nampak cantik, makin ramai yang memberikan perhatian. Jadi bagaimana anda boleh nampak cantik walaupun muka tak seberapa? haha inilah peranan make up atau solekan.
Pada 29-30hb Mei 2009, bertempat di Swiss Inn Hotel, Sg. Petani, Kedah, V2 kosmetik telah menjalankan bengkel kecantikan seperti teknik-teknik solekan, dandanan rambut serta spa dan lulur.
Selain dari memberi fokus kepada bidang pemasaran produk, pihak kami amat aktif menganjurkan kursus-kursus berkaitan bidang kecantikan ini. Pihak kami percaya bengkel solekan sebegini dapat memberi faedah kepada peserta dan seterusnya memupuk kefahaman bagaimana untuk mengaplikasikan produk kosmetik secara efektif.
Selain daripada mendengar dan melihat teknik-teknik solekan, para peserta juga diberi peluang untuk melakukan solekan dan dandanan secara praktikal untuk memastikan peserta tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya Berjaya mempraktikkan solekan hasil daripada pembelajaran yang telah diberikan. Peserta juga akan diberikan sijil penghargaan kerana telah menghadiri kursus solekan ini.

Toner yang dirumus khas daripada 100% ekstrak Manggis tulen ini membantu menghilangkan kotoran serta minyak yang berlebihan diwajah anda dan menjadikan anda segar dan mengimbangi pH kulit anda. Kandungan astringent yang terdapat dalam ekstrak Manggis merapatkan pori-pori sebagai persediaan untuk penggunaan pelembap.
Krim malam dengan ekstrak Manggis ini dirumuskan untuk memutihkan dan mengekalkan kelembapan kulit anda. Ia juga membantu mengecilkan liang roma bagi mengelakkan terjadinya kesan tompokan hitam dan membersihkan kulit anda dari kesan minyak yang berlebihan.
Uv + Foundation dengan SPF 30 melembap dan melindungi kulit daripada sinaran matahari, khususnya sinar UV A & UV B. Ekstrak manggis melicinkan, melembutkan, dan menyihatkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Sabun istimewa ini mengandungi agen 'srucb' yang mampu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk menjadikan kulit anda segar dan sihat. Ekstrak manggis amat berkesan untuk menghilangkan minyakserta menanggalkan kotoran dan jeragat. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Produk percubaan 3 dalam 1

